assalamualaikum semua... a ha!!! ag nak sambung cite majlis cukur jambul Muhammad Adam Bin Mas Kiran. masa ag & family nak balik, baru Faizal & family sampai. so sempat jugaklah kita mengambil gambar kenang2 ngan bersama semua keluarga. rasa mcm family day pulak.
masa kitaorang nak balik mak kieran bagi kitaorang bontrot. itu cakap orang jawa.. ala ole2 lah.. makcik bagi nasi puti, ayam goreng, acar nenas dan yg paling penting kambing......
sampai malam tak yah masak dan tak payah makan luar. sebabnya Ag, Mel, Aeril dan Arraz makan makanan yg diberikan. siap letak dalam dulang tu.... teringat zaman kecik2 makan kat kampung dulu...
a ha!!! assalamualaikum semua..... sihat? ag n family alhamdulillah, sihat adanya.... sebenarnya hujung minggu lepas ag n family pergi majlis cukur jambul MUHAMMAD ADAM BIN MAS KIRAN, kat rumah nya di klang.
best betul lah... ramai yg datang. masa ag n family sampai kat rumah diorang ngam2 kul 12 tgh hari.. apalagi makanlah, ada kambing tu.. sedap betul lah.
terima kasih kepada kieran, yang, mak cik dan adam yg comel dan geram betul bila tgk dia. baik2 si adam tu tido, bini au kacau sampai bangun.. ha ha ha... semoga sihat dan menjadi anak yg soleh. geng2 jawa rangers junior dah tak sabar untuk BERSATU......
a ha!!! hujung minggu lalu tercatat sejarah Hot Fm ini Jam telah berakhir dgn jayanya.. semua penyampai hot fm datang untuk menjayakan siri hot fm mi jam. orang yg datang di klang tempoh hari mmg happening sesangat....
kami team hot rasa bangga sangat dgn sambutan yg diberikan. bayangkan, bila artis buat persembahan... semua pengunjung yg datang nyanyi sama2. semua tau, ag rasa artis yg datang buat persembahan pun mesti meremag bulu roma. terima kasih fabulous cat, alyah, dayang nurfaizah, nubhan, six senth , jinbara dan bunkface.
dan yg penting.... terima kasih kepada semua PENDENGAR2 HOT FM, ANdA LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA......................
a ha!!! assalamualaikum semua... hari ni ag nak kongsi cerita tentang hari ibu, ag tak sempat nak balik johor meraikan hari ibu bersama mak. sebab hari sabtu ada mini jam kat klang. tapi ag n family dah wish hari ibu kat mak. dan yg menariknya.. bila ag call, mak pulak yg wish hari ibu kat mel, siap bacakan sajak lagi... apa lagi diorang bertitisan airmata kat dalam telefon, sebak pulak aku tgk.
pada hari yg sama ag bawak mel, aeril & arraz meraikan hari ibu di tempat main layang2. lupalah apa nama tempat tu, tapi cerita BONG pernah shooting kat sana. sambut hari ibu untuk isteri tersayang pulak... sebab dia ibu kepada 2 hulubaang aku yg hensem macam ag jugak.
kepada mak, Hjh Rumini Abdullah selamat hari ibu dan terima kasih kerana melahirkan, menjaga dan membesarkan... jasa mak memang tak dapat dibalas, terlalu besar buat diri ini...
buat Isteri, Emelda Amir, terima kasih kerana berada di cc, kala susah senang pahit manis mengharungi bahera rumahtangga yg sudah berusia 4 tahun. dgn titik peluh melahirkan 2 cahaya mata Aeril dan Arraz.... pengorbanan yg diberikan membuatkan diri ini terasa sempurna.
a..hah! ...sihat???? mungkin ag agak bz lately..tp ag nak share gak ngan uols aktiviti2 ag n aktiviti WAJIB bersama FAMILY tersayang la........
antara gambar2 yg ag nak share ngan kawan2 kat sini, gambar semasa ag bercuti tempoh ari . sudah pasti destinasi utama kami, balik kampung di JOHOR. perkara wajib lah bila balik kampung ni,..bawa anak2 lepak atau makan dimana tempat ag n mel dating sebelum kahwin dulu..heheheh..memori tu kene selalu bangkitkan woooo!!
antara salah satu lokasinyer..tempat kami selalu makan ..xpecially makanan kegemaran wife ag..steamboot!!! nyam..nyam..nyam..
ni adalah aksi2 JAWA RANGERS junior yg tak abis pose2 bila amik gambar..
k..kwn2 kita jumpa lagi dalam blog yg akan datang,bubyeeeee...SALAM!!!