• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 
 
30 October 2009  
 
GAMBAR DOLU-DOLU….


Hari ni FBI nak syer gambar dolu-dolu masa umur Kayna, 4 tahun. Masa ni ada photo shoot ngan majalah Mami Baby sempena Hari Bapa. Jadi bapa-bapa yang terlibat ialah AG, Radhi OAG, Azan dan FBI. Kami semua bergambar bersama-sama dengan anak masing-masing. Masa ni, Kayna lah yang paling tua berbanding anak orang lain.. dan Kayna jugalah satu-satunya princess kat situ…



INSERT FOTO GDD 3

Memang susah la nak buat semua ready. Macam2 ragam! Masa ni bergambar dengan team Majalah Mami Baby. Tengok tu, anak AG dah menangis! Hehe…



Bila time nak bergambar dengan Kayna, dia malu2 plak…







Amacam? Sama tak muka Kayna dulu ngan sekarang? Camner ngan FBI lak? Hehe…

30 October 2009  
 
FBI GAYAT!!!!


Kalau sesape yang dah pernah pegi Cineleisure, The Curve Damansara.. mesti lalu kawasan ni kan? Tetiba lak ada laluan yang ‘terkeluar’. FBI memang tak penah nak berdiri kat situ. Ishk! Idok ler!!!!



Ni pandangan dari atas. Memang tinggi. Walau pun korang semua kata tak berapa tinggi. Tapi bagi FBI, rasa tinggi dan rasa nak terjun dah! Haaaahhhh!!!!!



Tapi sebab Kayna dah ajak, FBI cuba berdiri jugak kat situ… Kayna, tolong! Pegang Ayah!



Memang mula2 tu tak boleh nak berdiri. Rasa gayat sangat. Kerana Khairina, ku turuti jua kemahuanmu anakku! Yeah!



Berjaya! Horeyyy!!! Ayah memang HEBAT!!! Hehe…

29 October 2009  
 
JOM HEBOH PENANG


Jom Jom Jom Jom… Jom Heboh Heboh… Jom Heboh dah mai, kali ni di Pulau Pinang… Tempat Cek! Memang best, memang hangat dan memang sporting la semua warga Pulau Pinang. Terima kasih la no kepada orang-orang Penang yang sudi datang memeriahkan pesta Jom Heboh dan konsert Jom Heboh pada sebelah malam. Cek bukan apa, seronok dapat bertemu ngan hangpa semua ni… Bukan senang nak jumpa dan bukan senang nak ada masa. Jom Heboh la tempat yang paling sesuai untuk kita bertemu dan beramah mesra.



Walau pun cek penat sikit, tapi puas hati. Yang suspend nya tu, masa konsert sebelah malam. Tetiba lak bila dapat skrip, penerbit kata cek ngan Ally kena menyanyi… Huh! Berpeluh ketiak… Tak pa la tuk semua, cek buat gak. Hitam Manis… Hitam Manis… Pandang tak cemuih.. Pandang tak cemuih… ! kita jumpak lagi noooo!
23 October 2009  
 
ALUMNI PENANG FREE SCHOOL 2009


Rindunya zaman sekolah! Bila dapat jumpa kawan-kawan lama, para senior dan junior Sekolah Penang Free terasa macam kembali ke zaman sekolah dulu. Zaman remaja dan zaman nakal. Bestnyer, bila jumpa senior-senior lama dan berkongsi cerita. Rupanya kami semua menyimpan memori yang sama. Nak tau apa? Sat lagi FBI kasik tau. Tema makan malam Alumni Sekolah Penang Free 2009 pada malam tu ialah ‘Back To School’, 193rd Anniversary Dinner.



Majlis makan malam diadakan di Dewan Perdana Felda, KL. Memang ‘cool’ sangat sebab para jemputan yang datang bertemakan ‘smart casual’ mengikut warna rumah masing-masing. FBI rumah TUNKU PUTRA iaitu, oren. Rumah PINHORN biru. Rumah WU LIEN TEH, hijau. Rumah , merah. Rumah HAMILTON, kuning.







Bila berborak dengan kebanyakan senior yang ada…rupanya kami semua kalau nak ‘sneak out’ atau curi-curi keluar dari asrama sekolah, menggunakan laluan yang sama! Turun-temurun guna laluan pagar kat belakang sekolah. Tapi itu contoh tak baik, jadi.. jangan ikut tau adik-adik!





Selaku orang yang terlibat dalam dunia ‘entertainment’ ni, FBI dan Farouk Hussein turut dipanggil ke pentas bagi memeriahkan majlis.



Ada juga beberapa persembahan istimewa daripada wakil jawatankuasa majlis. Cayalah!



Tetamu istimewa bekas pelajar Penang Free School iaitu Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail turut hadir mencemar duli. Kisahnya…Baginda tidak tinggal di asrama tetapi menetap di rumah nenda Baginda di Butterworth. Setiap hari, Baginda akan berulang-alik naik feri dari Butterworth dan kemudian menaiki bas sekolah untuk ke sekolah. Memang mencabar kan bagi seorang Anak Raja? Respect lah! Sebenarnya.. cara kehidupan begini banyak membentuk peribadi Baginda dan lebih berdikari.



Ramai sebenarnya bekas pelajar Penang Free School ni. TAN SRI P RAMLEE pun belajar kat sini gak. (Nak kembangkan hidung, tengah berlagak!) Hehe…. Tu dia! Memang hangatlah PFS nih!
22 October 2009  
 
OPEN HOUSE AIZAT


Baru-baru ini bertempat di Ampang Jaya, artis muda paling berbakat Aizat Datuk Amdan telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. FBI dan keluarga berkesempatan untuk menghadiri majlis meriah ini yang diadakan di banglo baru keluarga Aizat. Huh! Jenuh la aku nak tulih ayat-ayat formal ni. Terima kasih, Aizat kerana sudi jemput FBI dan keluarga. Semua ahli keluarga Aizat peramah-peramah belaka. Cayalah!





Nak tengok umah Aizat? Memang cantik sangat. Masa ni Kayna tengah posing kat ruang tingkat atas. Di belakang tu, Aizat sedang diterjah oleh krew Melodi.





Tetamu istimewa Dato’ Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid pun datang gak… yang duduk sebelah kiri FBI tu, Datuk Amdan, bapa Aizat.





Aizat memang sibuk layan tetamu hari tu. Kami yang dah nak balik ni pun, tak sempat-sempat lagi nak jumpa Aizat, nak minta diri. Kayna tengah tunggu dengan sabar…



Ishk… tak boleh balik lagi ni…



Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya kami dapat juga mengabadikan kenangan bersama Aizat. Terima kasih daun keladi. Lain kali jemput lagi.. Juadah dan makanan yang disediakan pada hari itu sungguh sedap dan istimewa sekali. Istimewa kerana tetamu juga dihidangkan dengan lauk kegemaran Aizat iaitu Ayam Gulai Selampit, Sambal Ikan Tok dan Sambal sardine. Aizat memang kalah jika ada tiga lauk ni. Dia pasti akan makan nasi walau pun dia sedang berdiet! Sedap woo… Eh! silap. Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Terima kasih.

22 October 2009  
 
FAROUK KAHWIN!


Salam hangat!!! Hah, pasti semua tertanya-tanya siapa Farouk kan? Farouk ni sebenarnya jurutera bunyi Hotfm. Orang yang bertanggungjawab buat ‘editing’, ‘sound effect’ dan segala hal-hal yang berkaitan dengan recording… Orang penting ni! Sejak FBI kenal Farouk, dia memang sempoi dan best! (errr….terpaksalah.. takut dia baca plak blog ni)



Apa ni? (Psstt… nampak tak Kayna tak boleh senyum sebab tengah control mulut. Dia pakai lipstik!)



Beratnye! Ishk, apa ni?



Pencuci mulut dan buah tangan untuk tetamu… macam Laddu lah!



Sabar, Farouk. Hang pengantin. Dok diam-diam kat situ sudahlah…. Sibuk nak sembang haha…



FBI dan keluarga pun nak mengabadikan kenangan bersama mempelai ‘Bollywood’ malam tu. Memang vogue la pengantin! Bole kata bak Parameswara dan Hang Li Po.



Selamat Pengantin Baru buat Faizul Farouk dan Noor Hanisah. Semoga ikatan ini berkekalan hingga hujung nyawa. Amin….
22 October 2009  
 
FAROUK KAHWIN!


Salam hangat!!! Hah, pasti semua tertanya-tanya siapa Farouk kan? Farouk ni sebenarnya jurutera bunyi Hotfm. Orang yang bertanggungjawab buat ‘editing’, ‘sound effect’ dan segala hal-hal yang berkaitan dengan recording… Orang penting ni! Sejak FBI kenal Farouk, dia memang sempoi dan best! (errr….terpaksalah.. takut dia baca plak blog ni)



Apa ni? (Psstt… nampak tak Kayna tak boleh senyum sebab tengah control mulut. Dia pakai lipstik!)



Beratnye! Ishk, apa ni?



Pencuci mulut dan buah tangan untuk tetamu… macam Laddu lah!



Sabar, Farouk. Hang pengantin. Dok diam-diam kat situ sudahlah…. Sibuk nak sembang haha…



FBI dan keluarga pun nak mengabadikan kenangan bersama mempelai ‘Bollywood’ malam tu. Memang vogue la pengantin! Bole kata bak Parameswara dan Hang Li Po.



Selamat Pengantin Baru buat Faizul Farouk dan Noor Hanisah. Semoga ikatan ini berkekalan hingga hujung nyawa. Amin….
15 October 2009  
 
RUMAH TERBUKA DI PENANG -2


Tak percaya ya? Memang betul, keluarga ni memang selalu konvoi beramai-ramai datang rumah saudara mara. Jadik, FBI pun jemput mereka datang rumah FBI sekali. Inilah keluarga besar Dr. Mazni Mohamed dan suami Dr. Hisham. Semua dalam gambar ni merupakan ahli keluarga mereka. Memang penuh rumah FBI…seronok dan meriah sangat!



Nak tahu yang mana satu Dr. Mazni atau selalunya kami panggil Kak Ninie… Ha tu, yang tengah bercakap kat telefon yang pakai reben hitam tu… Vogue la Kak Ninie! Jangan mare… Hehe…



FBI memang seronok dapat buat makan-makan macam ni. Bukan apa, inilah masanya FBI boleh berkenalan dan beramah mesra dengan ramai orang. Apa kata orang, tetamu tu bawa rezeki…





Ejen FBI, Ermalina dan sepupu yang tinggal di Kedah pun datang.



Sebelum balik… Meh sini, FBI bagi sampul raya.. Eh, silap duit raya! Hah apa? Pembaca blog pun nak duit raya jugak? Memandangkan FBI punya dah habis, semua boleh mintak kat Fafau ye….

15 October 2009  
 
RUMAH TERBUKA DI PENANG -1


Raya tahun ni, FBI sempat buat rumah terbuka di Penang sahaja. Bukan apa, bila dah balik KL ni, jadual kerja FBI pun bermula. Shooting deko idaman setiap hari Sabtu dan Ahad. Memang FBI tak sempat nak buat rumah terbuka dan pergi rumah terbuka orang lain. Minta maaf banyak-banyak semua…. Rumah terbuka di Penang, FBI buat pada hari raya ke dua. Ramai jugak la yang datang memeriahkan suasana hari raya Aidilfitri di rumah FBI… Jemput-jemput semua…





Tetamu tengah ramai… Rasa macam ketua kampung pulak… Hehe…



Pelakon popular Norkhiriah dan suami pun datang jugak…



Tapi dalam banyak-banyak gambar…. Gambar ni yang paling comel. Anak sapa ni?



Dari kiri pakai tudung pink tu, mak FBI (Pn. Bidah Othman), Kakak Sulung (Kak Yati) dan isteri (Kak Lina). Kalau nak tahu, hidangan yang disediakan hari tu semuanya dimasak sendiri oleh Bidah’s Catering. Saper lagi.. Mak FBI la! Hehe… dan memang kami semua bergotong royong memasak dari lepas subuh. Tapi puas dan best!



Salah seorang tetamu istimewa pada hari tu ialah Zayumi, kawan baik dan kawan jahat FBI dari sekolah dulu sampai sekarang. Dia datang bersama isteri dan ibunya. Ishk, habis bocor rahsia FBI dah… semua K Lina dah tau!

Ada lagi yang FBI nak cerita pasal rumah terbuka ni. Ada keluarga tu, datang dengan enam biji kereta! Nak tahu saper? Tunggu…
15 October 2009  
 
KAYNA @ KANDANG KAMBING


15 October 2009  
 
SATU HARI DI HARI RAYA – EPISOD 3


Lepas jer beraya di Kodiang, kami gerak ke Kg Siputeh tak jauh dari situ, dalam 15 minit perjalanan. Kat situ ada sepupu FBI yang kebetulan balik beraya di rumah orang tua dia.

Tapi apa yang menariknya kat situ bila sampai, kami yang dah tua-tua ni masuk dalam rumah nak beraya… tapi Kayna dengan sepupu-sepupu dia nak pegi beraya kat rumah satu lagi… iaitu rumah kambing!! Hah??



Kebetulan sepupu FBI ada kat situ… tengah bagi makan kambing-kambing yang diorang bela. Kitorang panggil dia Kak Mah. Bukan kambing tu nama Kak Mah la… sepupu! Haha… maka bermulalah adegan suap-menyuap kambing kat situ.. oleh anak-anak sedara FBI…



Oleh kerana tidak tahan melihat sepupu-sepupunya… Kayna mengambil langkah berani untuk menghampiri kambing-kambing itu dan menyuapkan daun-daun hijau…



Nampaknya Kayna semakin berani mengorak langkah untuk lebih “mesra” dengan para kambing yang jinak lagi budiman…teringat masa dia bagi makan Unta masa kat Mekah dulu… rupa-rupanya menyuap binatang2 ternakan adalah hobi Kayna… oh anak ku…!



Kambing-kambing itu pula nampaknya semakin terharu dengan layanan yang diberikan oleh tetamu-tetamu yang hadir.. mereka nampaknya makin mesra dengan Kayna… mungkin kambing-kambing itu kambing jantan.. jadi mereka tidak berminat dengan sepupu-sepupu Kayna yang lelaki…



Kayna pula makin lama makin asyik… eh! macam nak melangkah masuk ke dalam reban jer… laaaa!! Ada plak kambing yang dah turun… mungkin dia dah rasa manusia-manusia ni nak ganti aku kat dalam gamaknya…!



Esok FBI kasik tengok video gelagat Kayna ngan sepupu-sepupu nya… tungguuuu!!
6 October 2009  
 
SATU HARI DI HARI RAYA – episod 2


Selepas je selesai beraya di rumah orang tua FBI dan jiran-jiran sekitar Taman Baru Seberang Jaya… kami sekeluarga termasuk family kakak (Kak Yati) terus memandu ke Kodiang Kedah untuk melawat saudara mara mak dan ayah yang ramai kat sana. Perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam setengah jer…

Rumah pertama kami singgah ialah rumah TOK dan WAN iaitu ibu bapa kepada mak FBI. Tapi kedua-dua tok dan wan sudah lama pergi… jadi yang tinggal kat situ ialah sepupu kami – KAK TAM dan familinya.



Kat situ kami banyak bercerita…maklumlah lama tak jumpa… tapi maaf ye kalau ada yang terbeliak tengok abang kat belakang yang agak seksi tu… hahah! Itu lah suami Kak Tam… apa yang dia tengah buat dengan suami kakak saya, kitorang pun tak tau.. sebab kitorang sibuk borak.

Tengok la Kak Lina ni…



HAHAHAHAHA!! Kelakarnyer… lawaknyer..!!! hahaha… eh!!?? apa yang kelakar?? Tak taulah Kak Lina tu.. sorang-sorang dia pun gelak cam tue ….hiihihihi (harap-harap dia tak baca blog ni)



Dan selepas itu…. Sesi fotografi dengan keluarga Kak Tam sebelum beredar…

Tapi sebelum gerak, FBI ternampak sesuatu yang FBI rasa patut diabadikan…



Kenapa FBI nak bergambar kat situ?? Sebabnya… inilah JELAPANG PADI kepunyaan arwah TOK dan WAN kitorang. Kat situlah dulu kedua-duanya membuat kerja selepas padi di tuai dari sawah.

Masa tu pun FBI masih lagi kecil dan bila nampak je Jelapang tu, sedikit sebanyak terimbas kenangan dulu-dulu dan seolah-olah ternampak bayangan tok dan wan yang tengah lalu lalang…. Syahdunya….

Tapi apa pulak kerja si Kayna ni??? cubalah tengok apa anak aku dah buat niii!!!!



Haaah… kalau nak tau… tunggu diblog seterusnya….
5 October 2009  
 
SATU HARI DI HARI RAYA


Salam hangat buat semua! Salam Raya yang ke 16…. Mesti korang pun buncit-buncit perut pegi rumah terbuka hujung minggu lepas kan.. macam FBI ada yang boleh FBI pegi ada plak yang tak boleh sebab ada kerja dan masa tak mengizinkan…. Apa nak buat kan… okay.. hari ni nak kongsi tentang apa yang berlaku di pagi raya pertama yg lepas… macam yg FBI bagitau hari tu, kitorang sekeluarga beraya di rumah orang tua FBI kat Seberang Jaya Penang dulu…. inilah dia foto keluarga besar kami di sana..



Tak lah sebesar mana kan…. adik beradik FBI semuanya enam orang, FBI anak kedua. Yang sulung kakak.. dialah yang ada anak paling ramai… enam orang dan semuanya lelaki!! Dalam gambar ni ada empat orang… termasuk yang didukung… lagi dua dah lesap pegi beraya rumah jiran. Lelaki yang belakang Kayna (pakai baju biru muda kopiah hitam) ialah adik bongsu FBI baru darjah enam.. hehe. Ada lagi dua orang anak kakak yang tak de dalam gambar ni sebab hilang pegi beraya. Kakak dan suaminya duduk di sebelah orang tua kami. Berdiri di belakang dari kiri ialah adik FBI iaitu Hafiz (anak kelima) sekarang belajar di Kolej Insaniah Alor Setar. Dua dari kiri ialah adik (anak kedua) Aminudin bersama isteri dan anak kedua mereka. Anak sulung diorang duduk depan sebelah Kayna.

Cuma foto ni tak lengkap sebab ada sorang lagi adik perempuan FBI nama Siti Mariam yang belum sampai sebab beraya di rumah mertua dia kat Jawi dan baru saja mendapat cahaya mata yang pertama … kira dalam pantang lagi tuuu… Tapi apapun… satu persamaan yang ketara pada kami ialah….. HIDUNG!! Heheh…



Ini keluarga FBI dengan kedua orang tua… Tuan Hj Ismail Ahmad dan Hajah Bidah Othman.



Lepas tu kami bergambar untuk famili sendiri…



Selepas bermaaf-maafan sesama keluarga, kami berkunjung ke rumah jiran-jiran berdekatan… dimulakan dengan rumah Pak Non..



Kat situ kami dijamu dengan laksa…. Waaah… rumah pertama dah laksa!!…rumah lain lagi la macam-macam ada… tapi FBI tak dapat nak pegi semua rumah sebab lepas tu nak beraya kat Kodiang Kedah.. kampung sebelah mak dan ayah FBI..



Ni kat mana plak ni…? rumah ke pondok?? Haaaah…. Kalau nak tau… kita sambung. Tungguuuu!