• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 
 
25 February 2009  
 
TELEMATCH!
Macam2 cara FBI praktis kononnya nak bersedia. Lari dalam guni la, tarik tali la, lari berpasangan la…..  Sekali tu, tengok-tengok satu pun takde.  Rupa-rupanya acara telematch dah bertukar pulak.  Acara pertama ialah acara berjalan atas batu bata.  Acara ni dimenangi oleh AM Krew melalui kelebihan masa…. Yeaah… satu kosong!!!



Adoi.. doi…  tak larat aku ni…



Sikit lagi….  Ish, Nida ni (bos merangkap classmate FBI dulu)… jangan la tengok aku… tu tengok Jawa Rangers tu….



Ok.. ok… rilex… buat perlahan2.  Jangan sampai jatuh!  Fafau praktis peha sebelum dia plak masuk…



Tak pe… bagi dulu peserta Am Krew yang lain dulu masuk…



Fafau menunjukkan kehebatannya!
25 February 2009  
 
AM KREW MENANG!!!!!
Horey!  Horey!  Horey!  Akhirnya, kemenangan untuk TELEMATCH berpihak kepada AM KREW!!!.  Alhamdulillah

Memang penyampai yang lain pun nak share dalam blog diorang kan, tapi yang ni kira foto-foto eksklusif daripada kamera FBI… sape yang ambik kan? Bini aku lah…



Sebelum telematch start, semua peserta disediakan minum pagi supaya lebih bertenaga…  Patutla Fafau sangat bertenaga hari tu



Ni masa lepak2 sebelum ‘bergaduh’…



GENG UPIN dan IPIN pun datang memberi sokongan.  Sokong saper?  Sendiri tengok… ada nampak ka?



Memang best la aktivti cam ni.  Semua ahli keluarga Hotfm pun datang.  Kalau nak tahu, yang berkaca mata hitam depan tu lah anak dara Seelan, Shaneesa dan yang kecik kat depan tu, hero Seelan -  Shaneil.  Comel kan? 





Akhirnya…. acara telematch pun bermula…..  sebelum tu, briefing untuk kepala2 Am Krew dan Jawa Rangers daripada bos, Seelan Paul dan Pn. Zurina. Yang mengejutkan EMPAT games telah ditukarkan kepada games lain…. Issssh!!! Nak tau camner keadaan Am Krew bertungkus lumus nak lawan Jawa Rangers?  Tunggu
20 February 2009  
 
PERSEDIAAN ‘TELEMATCH’
AM AM AM KREW!

AM KREW MEMANG LAJU

MACAM PELURU..

Lagu tema AM KREW esok.  Jangan lupa hafal tau!  Sama-sama kita sorak untuk menaikkan semangat ahli pasukan AM KREW.  Kita gegar Taman Tasik Titiwangsa esok, seawal 8 pagi okay!  sekarang FBI nak share macamana FBI praktis kat rumah….



Ni, FBI tengah practice ‘balancing act’ menggunakan sofa.  Memang boleh balance bila berdiri atas ni….



Latihan untuk lari dalam guni…mmmm… guni takder…. Habis tuuu??? … kain pelikat pun jadik!



Saper kata tak boleh?  Boleh!  Boleh ni!



Hah!  Lagi satu latihan… acara lari berpasangan...  mmm.. kena cari tali nak ikat kaki…. Tapi pasangannya pulak sapa??



Sape lagi kalau bukan bini sendiri…..Kepada isteriku….  Maafkanlah suamimu ini… jangan nangis ye… ala la la lala….
20 February 2009  
 
BARBECUE DI RUMAH!
Nak tau apa yang FBI ngan Kayna buat tu?



Jangan kacau!  Kayna tengah sibuk tu….



Taraa!!!!  Kayna tengah ‘barbecue’ kat dapur rumah…



Kayna memang suka kalau bab panggang memanggang ni…  FBI tak payah jaga dah.  Dia pandai buat sendiri. Lagipun dapur yg kitorang guna ni tak berapi, berasap dan selamat.



Psstt…..  ini rahsia tau.  Sebenarnya Kayna tak kasik bagi tau yang dia guna kerusi nak masak2 ni… (pssst! Dia tak nak la nampak dia rendah.)….Hehe…



Best nye barbecue kat rumah sendiri yeaaah!!
20 February 2009  
 
KAWAN BAIK FBI DAPAT BABY BARU!
Salam Hangat!  Cepat betul masa berlalu.  Minggu depan dah akhir bulan.  Dah nak dapat gaji.  Horey!!!!  Baru-baru ni, FBI dapat sms dari kawan baik FBI, Farid Tajuddin.  Farid ni sebenarnya ‘classmate’ FBI masa di Uitm dulu sama la dengan Kak Lina dan bos, Anida Tahrim.  Kami sama-sama satu kelas dan dia memang tahu segala cerita dan rahsia FBI.  Hehe…  Dia baru dapat baby boy.  Jadi, sempatlah FBI n family pergi melawat anak dan isteri Farid, Aimy di hospital.  Comel sangat anak dia!  Kayna memang geram sangat kalau tengok budak2 ni…





Nama baby ni ‘Amin Falah b. Farid



.. yang sebelah kiri mak mertua Farid dan yang pakai baju hospital tu, isteri Farid ‘Aimy’.



Eh!  Ni pesal ni?
13 February 2009  
 
JUALAN AMAL GAZA ABPBH
Kali ni, FBI cter pasal aktiviti Kayna masa Jualan Lelong dan Amal Gaza ABPBH hari tu. Kayna memang happy n excited macam korang gak bila dapat jumpa artis2.









…. dan Kayna pun lebih memahami penderitaan rakyat Palestin bila tengok gambar-gambar pameran kat situ.



Jadi Kayna pun dengan rela hati menderma tuk mereka….



Eh!  Apa hal pulak ni?  Kenapa Tini macam tu?



Walau pun Kayna tak kisah berada di situ, tapi lama-lama dia…. PENAT!  Maklumlah tempat tu sesak ngan orang ramai dan dia panas.  Tini tu cuba pujuk dia sebenarnya…. Ni, muka penat Kayna!  Alahai!!

12 February 2009  
 
BERSAMA MENDERMA UNTUK GAZA 2
Selain menjual barangan Hotfm, FBI dan penyampai lain, artis dan personaliti juga diminta bergambar bersama para peminat.  Jadi memang eksklusif la saper yang dapat bergambar bersama pada hari tu.  Semua bayaran disalurkan terus ke tabung Gaza. 







Fauziah Gous dan rakan-rakan jual kek tajaan dari Hotel Nikko. 



Deja Moss dan suami jual aksesori koleksi Deja Moss sendiri.



Jac jual gelang yang dibuat sendiri.  Tapi usaha Jac tak cukup di sini..  Sebaliknya dia….



…..cuba jual kat tingkat bawah di dalam restoran pulak!  Berebut-rebut….



Tapi… yang special design tuk Kayna!  Hehe…

Camnilah semangat dan usaha yang kita nak!  Cayalah Jac!  Nak tengok apa aktiviti Kayna pulak kat sana?  Tunggu…
12 February 2009  
 
BERSAMA MENDERMA UNTUK GAZA
Salam Hangat Semua!

Apa khabar semua?  Hari ni, FBI nak cter tentang hari Jualan dan Lelong Amal ABPBH 2008 untuk Gaza di Amcorp Mall yang lepas.  Punyalah ramai orang yang datang memberi sokongan.  Terima kasih banyak-banyak!  Bukan apa, kehadiran kita dengan memberikan derma di situ walau pun kecil sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa perang Gaza.  Jadik, masa FBI tengah sibuk2 jual barangan Hotfm ni…





Ada la sorang kakak ni yang nak beli key-chain Hotfm.  Tapi yang specialnya, dia suruh FBI pasangkan key-chain tu kat hand phone dia… 



Mula-mula tu… ok lagi…



Selepas 8 minit



Selepas 15 minit….  Fuh!  Kakak tu pun dah berkipas menunggu!  FBI?  Berpeluh ketiak!

Macam2 ragam pembeli Hotfm masa hari tu.  Teruk gak la FBI kena buli! Nak tau lagi cter Jualan Amal ABPBH lagi?  Tunggu….
6 February 2009  
 
FBI beramah mesra sambil berpolitik sikit
Bila dah habis semuanya…  LEGA!  Barulah FBI boleh bernafas dengan tenang.  Tak tu, memang tak tenang tau…  dengan keadaan dan situasi yang tak dijangka semasa acara berlangsung, memang ‘gabra’!  Jadi FBI pun sempatlah pergi ‘post party’ selepas tu. Bukan apa, masa ni lah FBI nak beramah mesra sambil berpolitik sikit …  Hehe… 



Kenal tak ni?  Inilah Dato’ Abdul Mutalib bin Datuk Seri Mohamed Razak – Pengerusi Media Prima Bhd.  Orang nombor satu Media Prima… 



Terasa macam orang2 korporat plak… Hehe…  Maklumlah, biasanya FBI gua lu, gua lu jer…  tapi masa ni, kena lah bersopan santun sikit.  Yang kat tengah tu, Pn. Farisha  - Pengurus Besar Bahagian Penjenamaan TV3



Ha yang ni pulak FBI bersama…  alaa…. Takkan tak kenal kot…  Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan - Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Television Media Prima Bhd. di sebelah kiri dan sebelah kanan plak Dato’ Amrin Awaluddin – Ketua Pegawai Eksekutif TV3…

Pendek kata, masa nilah masa yang paling sesuai untuk FBI jumpa dengan orang2 kuat Media Prima ni.  Maklumlah, biasanya mereka ni sibuk dengan urusan masing2…

Apapun, AJL 23 dah berakhir, Insya Allah…  ada rezeki kita jumpa lagi tahun depan untuk AJL 24…..!!
4 February 2009  
 
Belum terlambat untuk FBI cter pasal AJL(Part 2)
Jeng!  Jeng!  Jeng!  Akhirnya tibalah acara yang ditunggu-tunggu…..  Perasaan FBI masa ni.. tak tau la nak cakap camner… macam2 perasaan ada… tapi tak sama la perasaannya masa nak bernikah.  Gemuruh!  He he….



Masa ni, dah tak boleh nak senyum dah….  Tengok tu, untuk satu baju saja baper ramai yang kena uruskan… (Nasib baik ramai pompuan)



Walau pun setiap kali bertukar pakaian kami kena cepat2, tapi sempat gak berposing…  Saper yang paling tinggi kat sini? 



Inilah Kak Uda, Assistant Producer untuk AJL ke-23.  Orang kuat di belakang tabir yang bertungkus lumus selama ini…





Inilah gambar2 semasa AJL yang sempat dirakamkan…



….dan semua dah tahu pemenangnya MEET UNCLE HUSSEIN!  Tahniah!
4 February 2009  
 
Belum terlambat untuk FBI cter pasal AJL
Salam hangat semua!!!!

Rasanya belum terlambat untuk FBI cter pasal Anugerah Juara Lagu yang berlangsung bulan lepas.  Terima kasih di atas segala bantuan, sokongan, dan kritikan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.  Ish…. bukan senang tau nak mengendalikan sebuah majlis besar-besaran yang sememangnya ditunggu-tunggu semua orang.  Bagi saya, selaku pengacara bersama Ally dan Cheryl… kami sama-sama berbincang dan berlatih supaya lebih bersedia… Kalau nak tau, begini la keadaan kami membuat persediaan sebelum AJL sebenar berlangsung.. 



Tak mainlah buat discussion kat office.  Biasanya kami bincang skrip kat luar sambil lepak2.



Tapi tetap serius…. Eh!  kena serius tak boleh main2 ni…



Fikir2…



Kau pulak fikir Ally….



Aku tengah cari idea ni…