Tempat-tempat menarik yang kami pergi ialah Sea World. Kat sini kita dapat tengok pelbagai hidupan dalam air dan yang best sangat kita boleh join naik semua permainan yang ada dalam tu! Permainan pertama yang kami cuba bawak Kayna, naik ‘Jet Rescue’ iaitu permainan macam naik Roller Coaster.. benda ni, mak ai… laju gler! Tapi bila turun Kayna kata “bestnyer!!!”. Jadi, maknanya Kayna tak takut. So, senang la nak naik yang lain… Pengalaman lain yang paling best masa dapat pegang tapak sulaiman. Ingatkan keras rupanya lembik sangat!
Selain Sea World kami pun pergi Movie World. Kat sini semua karakter kartun Hollywood seperti Bugs Bunny, Scooby Doo, Shrek, Tom & Jerry… banyaklah! Tapi tempat yang Kayna paling enjoy kat sini bila dapat naik gerabak dalam Scooby Doo Spooky Coaster! Persembahan Hollywood Stunt Driver pun best. Memang tak sangka di akhir persembahan kereta tu terbakar! Tapi cuaca masa kat sini tak berapa best. Hujan. Tu la pasal kami terpaksa pakai baju hujan plastic yang dibeli dengan harga 5 dollar!! Huhuuu… buat duit btol diorg..
Salam Hangat semua! Bestnyer cuti! Rasa lebih segar dan bersemangat kerja sekarang. Maklumlah, dah ‘charge’ bateri! Haha… Masa bercuti baru-baru ni, FBI berkesempatan membawa isteriku, K Lina dan anakku, Kayna ke Gold Coast, Australia. Bukan apa, saje nak tengok tempat orang… Orang Australia ni memang peramah dan kalau nak bawak anak-anak g enjoy ke luar negara, Gold Coast tempat terbaik!
Hotel kami bersambung satu bangunan dengan Hard Rock, Café. Dekat dengan restoran orang Melayu, Malaysia (ada nasi briyani, nasi lemak, asam pedas, nasi goreng kampong..) dan di belakang hotel ada pantai! Kiranya hotel kami ni memang strategik… sebab dekat dengan beberapa restoran makanan halal lain seperti kebab dan makanan India yang halal.
Hari pertama sampai, Kayna sibuk nak masuk Haunted House. Jom! Hehe… Memang best dan serammmmm….
Benda menarik yang FBI jumpa masa hari pertama sampai.. ghupanya kat Gold Coast pun ada ‘Nerang’ sib baik tak Kuala Nerang!