• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 
 
28 September 2009  
 
SELAMAT KERJA BALIK


Salam hangat semua!!

Selamat hari raya yang ke 9 Syawal buat semua… hehehe.. apamacam? Raya tahun ni? seronok ke…? eh? nape ada yg murung, muncung macam burung unta lak tuuuu…. Lar… gaduh laki bini la tu.. pasal balik kampung lagi… cian…

Apapun raya FBI kali ni boleh dikatakan bermakna.. Alhamdulillah… bermakna sebab dapat beraya dengan jiran-jiran, saudara mara kat Kedah, dapat buat makan-makan kat Seberang Jaya dan balik ke Sg Choh pula untuk beraya dengan keluarga mertua…

Okaylah… sebelum FBI share cerita, foto-foto pasal raya… apakata FBI kongsi dulu video-video eksklusif yang FBI rakamkan sebelum raya lepas… sebenarnya FBI dah upload dalam Facebook tapi mana la tau ada yang kat sini blom add masuk dalam Fan Page FBI.. jadi, inilah dia untuk tatapan anda semua yang singgah di blog…

Pertamanya, ucapan raya daripada MAWI diikuti DATO SITI NURHALIZA dan video raya daripada FBI dan family. Soooooo….. ENJOY!!!





17 September 2009  
 
SALAM AIDILFITRI 1430


Salam hangat buat semua!!

Tiga hari lagi InsyaAllah… kita akan menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. FBI dan family akan bertolak ke kampung FBI di Seberang Jaya Penang petang ni (Khamis) dan akan beraya di sana sampai Selasa depan.

Rabu pula kami beraya di rumah orang tua Kak Lina di Sg Choh Rawang sampai hujung minggu.

FBI dah jemput sape-sape nak beraya datang ke Seberang Jaya pada hari raya kedua, dan di Sg Choh pula, pada hari Sabtu 26 September. Datang tau, jangan tak datang.

Kalau nak dapat peta jalan ke kedua2 rumah… masuk je dalam page Facebook kat sebelah kanan ni. Kat situ, FBI dah sediakan. Ada jugak rakaman video ucapan raya yang dah FBI letakkan di Facebook

Nak duit raya?? Haha… datang dulu baru cerita.. ada la sekupang dua… hihihihi…

Apapun, FBI dan family nak mohon ampun maaf kalau ada tingkah laku yang tak menyenangkan, kata-kata yang tak sedap didengar semasa FBI keudara atau mengacara di TV. Kepada yang mungkin pernah berjumpa atau terserempak atau memang mengenali FBI secara rapat, mungkin lebih banyak lagi salah dan silap yang dilakukan. Jadi, sama-sama kita bermaaf-maafan…. Kosong-kosong kay!!

InsyaAllah FBI kembali bertugas pada hari Rabu depan… akhir kata, bawa kereta berhati-hati semasa pulang ke kampung, jangan main mercun dan semoga Raya anda tahun ni akan LEBIH RAYA DARIPADA BIASA!!

16 September 2009  
 
KISAH WONDER PETS DEKO RUMAH


Nak tau cerita pasal Wonderpets Deko Rumah sempena raya yg akan tiba tak lama lagi…??

Haha… ni dia kita mulakan dengan Lina Si Mata Sepet…. Hah! Apa dia tengah buat tu??



Hahaa… cuba kita ushar… owwwhh!! Tengah pasang langsir rupanya… waaah… merah nye Mak Ngah!! Ni Raya ke, Gong Xi Fa Cai?? Hahaha..



Tak kisah lah… janji tukar!! (tapi musykilnya camner boleh sampai tempat tinggi ek?)



…. Tu sape plak tu? Nampak macam KK atau Kayna Keding tengah kusyuk buat sesuatu… apa bendenye??



Owwwh.. haha… tengah lap-lap kerusi lah… rajinnyer… (jgn rajin masa nak bergambar je tau haha!)



Eh eh! tu apsal plak dengan bunga-bunga tu Kayna??



Haaaa….. nak letak dalam pasu ek… pandai…… boleh jadi pakar hiasan Deko Idaman nih.. hehe..



Tapi kat mane plak Faizal Budak Itam FBI tu?? Jom skodeng… eh, satu macam je dalam bilik tu??



Wah wah… tengah mengemas bilik tidur rupanya.. ish.. ish… rajinnyer… bab-bab bilik tidur ni kasik kat dia lah..



Jadi, itulah dia tiga Wonder Pets yang bekerjasama untuk Deko Rumah sempena Raya tak lama lagi… Lina si Mata Sepet dan Kayna Keding terus tekun dan kali ni pasang kusyen kat kerusi makan pulak….



Macamana pulak dengan bilik tadi??... jom kita tengok balik….



Ooopsss…..



Sekian.. Terima kasih… selamat berdeko…..Jangan berdengkor!!
15 September 2009  
 
BUKA PUASA BERSAMA EJEN FBI


Salam hangat semua!!

Selamat bercuti kepada yg dah mula cuti… FBI pun dah mula dah… sonok btol la…hihi. Tapi rasanya tak best kalo blog pun cuti sekali… tol tak? Nanti tak de penghubung antara kita …. Cewwaahh!!

Nak cite semalam FBI, Kak Lina n Kayna pegi berbuka puasa dgn Ahli2 EJEN FBI. Haaa… dah lama dah rancang tapi disebabkan kesibukan jadual FBI yg terlampau, maka kat ujung2 posa baru ada can nak berbuka sekali….



Yang datang kebanyakannya muka2 yang familiar, tapi ada jugak yang baru FBI kenal semalam… ramai juga tak dapat join sebab ada komitmen lain… tak per… FBI sorang yang memahami… (GGRRRRR!!!)



Kitorang pekena Laksa kat Laksa Shack One Utama… FBI punye menu.. Laksam Kelantan.. fuuuuh.. best jugak yer… yum! Yum!





Tengok la tu… sampai ada yang menyenget-nyenget pekena laksa hahaha….

Tapi lepas makan.. kitorang bergerak ke satu bahagian yang tak berapa ramai orang untuk bersantai dan bergambar…





Dan last sekali…. Group photo.. yehaaa..!! terima kasih semua.. lepas raya kita jumpe lagi…

Ada nak join Ejen FBI? Haa… cuba join Facebook FBI dulu kat sebelah kanan blog ni… pas tu baru dapat tau caranya….. see yaaaa!!!

10 September 2009  
 
BUKA PUASA BERSAMA 100 PLUS DAN PENDENGAR HOT FM


Sepanjang hujung minggu bulan puasa ni…100 Plus ada menaja majlis berbuka bersama penyampai Hotfm dengan pendengar. Memang best sangat, bila dapat berbuka bersama pendengar sendiri lebih-lebih lagi majlis berbuka dibuat di rumah mereka sendiri. Memang hangat dan hangit dengan macam2 aksi yang kami sendiri saksikan hehehe… FBI sempat rakamkan kenangan ketika berbuka di Kelang, Ahad lepas. …dan pendengar yang hangat terpilih ialah pasangan En. Meor dan K Ju.

Sementara menunggu waktu berbuka, ada ‘games’ tuk tetamu yang hadir. Masa ni, giliran kanak-kanak dulu. Yang bestnya, sesiapa yang menyertai ‘games’ yang diadakan pasti dapat hadiah daripada Hotfm dan 100 Plus.



Acara tiru gaya artis tuk orang dewasa. Mak Long tengah nyanyi lagu raya ala-ala Saloma. Cewah, memang sporting!



Memang meriah dan ramai yang datang petang tu. Masing-masing ‘excited’ nak jawab soalan2 kuiz. Tau sebab apa? Sebab hadiah bukan saja merupakan barangan Hotfm dan 100 Plus tapi juga wang tunai!





Masa berbuka… Tengok tu, banyaknya juadah berbuka. Sedap2 pulak tu, dan yang penting semuanya ditaja 100 Plus. Tuan rumah tak payah susah2 pun!



Sesi fotografi bersama tuan rumah, saudara mara dan rakan-rakan tuan rumah serta wakil penaja 100 Plus.

10 September 2009  
 
KAYNA BERPUASA! PART 2


Oleh kerana mula puasa dulu masa cuti sekolah, Kayna boleh tahan puasa dan memang aktif. Kali ni, FBI nak cerita bagaimana keadaan Kayna bila dia berpuasa dan pergi sekolah. Hehe… tengoklah keadaan Kayna…



Macam-macam permintaan dia masa balik sekolah. Nak beli macam2 untuk buka nanti. Terpaksalah K Lina layan jugak… Psst.. tengok tu Kayna memborong apa tu? Nampak tak? Hehe…



Bila sampai umah pulak, Kayna terus nak tidur. Maklumlah, letih puasa nih! Tapi dia nak peluk sesuatu… Cuba teka apa tu?



Koko Crunch! Dia janji tak makan, tengok saja… Dapat teka tak Kayna beli apa tadi? Mestilah ais krim… Sebab tak boleh peluk ais krim, peluk Koko Crunch pun jadik!



Supaya Kayna tak teringat pasal makan dan ais krim dia, K Lina suruh dia main ‘game barbie’. Biar Kayna leka dan tak sedar masa berlalu… jadi boleh la dia puasa penuh. Ha, ini pun salah satu tips jugak tuk ibu bapa lain kalau nak ajar anak berpuasa. Selamat Berpuasa!

8 September 2009  
 
KAYNA BERPUASA!


Ramai yang tanya FBI kat Facebook, email… “Kanya puasa tak?”… haaaa.. ni nak cite la ni….

Kalau tahun-tahun lepas…. dia puasa yang yok, bangun pagi bukak periuk.. tapi tahun ni, FBI dan K Lina nak ajar dia biar dia puasa betul2. Jom kita skodeng aktiviti Kayna berpuasa. Gambar2 semua ni diambil ketika Kayna di kampung masa cuti sekolah baru ni.



Sian gak tengok Kayna, rasa tak sampai hati.. tapi dari kecik la kita kena ajar dia..



Tolong masak untuk juadah berbuka… rajin kan? Boleh buat menantu.. Heheh..



Potong gula melaka nak buat kuih ‘onde-onde buah melaka’…



Kayna ngan nenek Uda. Cuba teka Kayna nak buat kuih apa?



Karipap pusing!



Waktu malam plak, Kayna ikut pergi terawih. Inilah Masjid Jamek Sg. Choh Rawang tempat FBI ngan K Lina nikah dulu…



Walau pun kadang kala Kayna manja tak tahan puasa… tapi dia cuba jugak. Alhamdulillah, setakat ni puasa Kayna kira okay la untuk budak-budak umur macam dia kan… Walaupun kadang-kadang sahur pukul 8 atau 9 pagi…. Tapi dah bagus dah untuk melatih dia puasa…. Cayalah Kayna!
4 September 2009  
 
BERSAMA YAB DATO SRI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA


Lepas je mengacara sidang media pengumuman Lagu Hotfm Satu Malaysia kita, FBI dan Fafau bergerak ke satu bilik khas di mana satu lagi sidang media untuk sessi soal jawab dengan PM.



Selesai je PM menjawab soalan wartawan, kami berdua diberi isyarat untuk menghampiri PM untuk bertanyakan beberapa soalan.



Dan ketika itulah saat yang paling mendebarkan pernah FBI rasa. Sebab tu lah, suara tiba-tiba jadi macam “Misteri Nusantara”…. Macam yang korang dengar semalam lah hehehe….



PM melayan kami dengan baik dengan senyuman. Kami hanya sempat bertanyakan empat soalan kerana masa terhad yang diperuntukkan. Tapi tak pe.. yang penting bukan senang nak dapat peluang macam tu… apatah lagi mengabadikan foto yang macam ni hehehe….



Selepas semuanya berakhir, terpancar senyuman kepuasan di semua wajah yang hadir. Alhamdulillah… majlis berjalan lancar. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dan juga buat YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
4 September 2009  
 
SIDANG MEDIA HOTFM LAGU 1 MALAYSIA KITA


Salam Hangat!!

Panas dan mendebarkan… hehe.. itulah yang boleh FBI perkatakan tentang sidang media Hotfm Lagu 1 Malaysia kita yang berlangsung di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Rabu lepas.

FBI, Fafau serta staff Hotfm yang terlibat sampai di sana kira-kira jam 2 petang untuk sessi reherseal.



Turut serta ialah komposer, penulis lirik dan penyanyi yang menjadi Finalis pertandingan ni. Hampir kesemuanya berada di sana termasuklah Aubrey Suwito, Dato CT Nurhaliza, Shazzy, Tomok, Shila, Faizal Tahir, Audi Mok, Nur Fatima, Gerard Singh, Alex dan ramai lagi. Semuanya bagi kerjasama yang baik untuk sessi latihan.



Dan kira-kira jam 4.30pm semuanya dah diminta bersedia dengan pakaian masing-masing untuk acara sebenar yang bakal bermula 5 petang.



Hampir jam 5 petang kelibat para VVIP mula kelihatan seperti Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Dato Sharizat Jalil, Tan Sri Koh Tsu Koon, Dato Johan Jaafar dan Dato Amrin Awaluddin.



Kira-kira jam 5.15 petang, YAB Dato Seri Najib Tun Razak melangkah masuk ke dalam dewan acara dan bermulalah juga tugas FBI dan Fafau sebagai pengacara majlis



Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan PM akhirnya mengumumkan lagu MALAYSIA SATU ciptaan Audi Mok, lirik oleh Nurfatimah, nyanyian Faizal Tahir sebagai juara!!

Tahniah diucapkan



Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sidang media yang cukup bersejarah ini. Pastinya juga FBI dan Fafau mencatatkan kenangan dan sejarah untuk diri sendiri. Ini kali pertama FBI mengacarakan majlis yang dihadiri oleh begitu ramai VVIP ternama dan perjalanannya pun lebih formal berbanding acara-acara lain yang pernah diacarakan. Kiranya macam “control” giler la ni… hehehe…



Lepas ni FBI nak share saat-saat jantung “berdetak lebih kencang seperti genderang mahu perang “ sebab kena interview PM… fuuuuuh…. Tunggu je la yeaa :-P