ni nak cerita kat anda yang ahad lepas Ikhwan ada menghadiri konsert mystarz lg 2.. al maklum lah, Ikhwan kan pengacara untuk star lives… dan keputusan untuk mystarz lg ni.. juara milik wana, naib juara nashrin, ketiga cassie, dan hairi di tempat ke empat…okay lah, jom kita tengok gambar2 yang Ikhwan amik…
Ni haa, sempat jugak jumpa anne kat bilik make up..
Bersama ngan cikgu tarian utk peserta mystarz.. cikgu remy..
Bersama ngan misha omar yang buat pesembahan ngan nashrin hari tu..
Ni ha, jumpa jugak superman Malaysia yang bergaya ngan rambut style baru dia..
Bersama ngan otai.. abg jamal..
Bersama krew dan juga nashrin.. naib juara..
Ni haa, gambar ikhwan bersama rossa..
Okay lah, itu saja untuk kali ni… dan sekali lagi nak ingatkan anda semua.. jangan lupa temu janji kita di hotfm big jam.. datang jangan tak datang!
Assalamualaikum dan salam hangat… baru2 ini Ikhwan menghadiri majlis perkahwinan tini dan juga sulhi.. selamat pengantin baru Ikhwan ucapkan kepada kedua dua mereka.. kat hotfm, tinggal Ikhwan, fara, ngan anne je yang belum kahwin lagi.., insyallah ada jodoh, sampai lah kitaorg ni ke jinjang pelamin..
Okey lah, jom layan gambar waktu wedding tini..
Bersama pasangan yang dah kahwin ni.. ag ngan kak mel.. acap ngan leya..
Ni gambar kitaorang bersama ngan pengantin..
Ni bersama sama ahli keluarga hotfm… meriah kan??
Best punya tengok pengantin.. sekali kena terjah pulak ngan melodi.. nak tahu kenapa.. tengok la melodi ahad nie..
Okay lah, itu saja untuk kali ni.. kepada anda semua, jangan lupa turun ramai2 ke danga bay untuk hotfm big jam.. mesti gempak punya..
Assalamualaikum dan salam hangat kepada semua. Untuk blog kali nie, Ikhwan nak tunjuk gambar2 sewaktu telematch hotfm.. Ikhwan di sebelah pihak am krew.. alhamdulilah, am krew menang hari tu.. tapi ada kejutan jugak.. iaitu kedua dua pasukan dapat pergi sebagai vip di hotfm big jam.. best jugak la dorang.. ni haa, waktu telematch tu berlansung, macam2 yang berlaku. Ada yang basah lencun.. ada yang injured lah.. macam2 gelagat ada… okey lah. Jom kita tengok gambar pulak…
Ni bersama dua budak cilik ni.. peminat man u… power lah..
Ni sebahagian dari family Ikhwan yang turut hadir untuk memeriahkan telematch nie..
Hotfm zon beraksi..
Ni satu family sokong man u.. power lah family kak amy ni..
Ni gambar Ikhwan ngan anne bersama ngan upin & ipin.. haa, betul3x
Itu saja untuk blog kali nie.. kita jumpa diblog seterusnya… Salam hangat..
Assalamualaikum dan salam hangat Ikhwan ucapkan kepada anda..
Dalam blog kali ni, Ikhwan nak cerita kat anda yang baru2 ikhwan luangkan masa untuk bersama ngan family Ikhwan, kitaorang jalan2 kat ou.. pastu tengok movie sama2 kat cineleisure… sebenarnya sejak shooting aritu, Ikhwan jarang jugak lepak lama2 camni.. tapi alhamdulilah lah bila free sket.. dapat la lepak lama2 sket… Ikhwan ada 1 je gambar nak tunjuk kat anda.. mula2 plan nak amik gambar banyak2.. tapi malang sekali, bateri pulak habis… tak sempat nak charge.. jadi, jom lah kita tengok satu gambar je ni..
Haa, nie lah sebahagian dari keluarga Ikhwan, ada lagi tapi tak sempat nak ambik gambar, al maklumlah bateri boleh pulak habis waktu tu… Ok lah, itu saja untuk blog kali ni… kita jumpa lagi diblog seterusnya.. salam hangat… yebah2…
assalamualaikum dan salam hangat kepada semua.. baru2 nie, Ikhwan, Anne, Basil, dan Hafiz dari Flyfm telahpun menghadiri satu kempen pengiklanan usahawan di Putrajaya. Sebaik saja pulang dari kempen tu, apa lagi.. perut pun dah lapar.. dalam perjalanan utk pulang tu, kami semua pun singgah la kejap dekat kedai ayam penyet dekat sunway. Makanan kat sini memang power2 belaka… tanak citer panjang… jom kita tengok gambar nie..
Masih menunggu makanan…
Sementara menunggu makanan, baca majalah pun ok jugak..
Makanan dah sampai, serbu….
Ikhwan dah abis makan dah waktu ni, tapi si anne tu masih lagi duk makan…
Ok lah semua, itu saja utk blog kali ni.. dan Ikhwan nak ingatkan kepada semua, jangan lupa utk turun dan memeriahkan telematch AM krew VS Jawa Rangers pada sabtu ini… datang ramai2 dan berikan sokongan anda… Salam hangat… yebah
Assalamualaikum dan salam hangat… terima kasih kerana terus membaca blog penyampai2 hotfm.. dan utk kali nie, Ikhwan nak cerita kat anda yang baru2 nie, Ikhwan dan Anne dapat hadiah daripada pendengar setia HotFM Zon, nama org yg bagi hadiah tu adalah Zana dan Rina. Ikhwan mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih banyak2 kepada Zana dan Rina kerana menghadiahkan Ikhwan dan Anne cupcakes yang comel2.. ok, apa lagi, jom kita tengok betapa comelnyer cupcakes tu..
Ni masih segar di dalam kotak, belum susun lagi..
Setelah disusun…
ni bahagian Ikhwan.. thankz Zana & Rina
Promote2 sket…
Sekian saja utk blog kali ni… Ikhwan nak ucap terima kasih kepada Zana & Rina kerana bawakkan cupcakes utk kami… dan kepada anda di luar sana, semoga anda terus menyokong hotfm… jangan lupa telematch hujung minggu ni…
Assalamualaikum dan salam hangat kepada anda. Ikhwan nak ucapkan terima kasih kepada anda yang terus membaca blog penyampai2 hotfm, dan juga terus menyokong hotfm… sedar tak sedar rupanya hotfm sekarang sudah 3 tahun..
Apapun kita teruskan dengan blog kali ni, Ikhwan nak ceritakan kepada anda sesuatu, tapi jom kita tengok gambar ni dulu…
Haa, mesti anda ingat Ikhwan tengah ujibakat untuk baca berita kan.. tapi sebenarnya tak.. kalau betul ikhwan baca berita, huh!! Tak tahu lah macam mana jadinya.. Sebenarnya waktu nie Ikhwan tengah shooting untuk star lives mystarz lg…
Berbalik kepada mystarz lg, anda semua jangan lupa yang konsert final mystarz lg akan tiba tak lama lagi iaitu minggu depan.. kepada yang nak datang untuk memeriahkannya, boleh la datang ke PWTC pada pukul 7 malam… jangan lupa untuk mengundi peserta2 ini kerana undian anda sedikit sebanyak akan membantu mereka…
Baiklah, sekian saja untuk blog kali ni.. kita bertemu lagi diblog seterusnya… salam hangat.. yebah2
Assalamualaikum dan salam hangat, baru2 ni, Ikhwan telah menghadiri sidang media untuk hotfm big jam 2009… ramai artis2 dan media hadir pada hari tu.. dan yang bestnyer ada persembahan daripada modread (juara bingit) dan juga nubhan..
Jadi, jom kita tengok gambar2 sekitar majlis itu..
Ni persembahan pembukaan dari modread
Haa, leya ngan tini jadi emcee hari tu…
Ni big boss, seelan paul sedang berucap..
Sewaktu sesi potong kek..
Hotfm zon..
Hotfm zon bersama jipie dan kudux dari band pesawat.
Itu dia gambar2 sewaktu sidang media itu… kepada anda, jangan lupa untuk datang beramai ramai ke danga bay nanti utk hotfm big jam 2009…
Kehangatan tabung untuk gaza anjuran berita harian
Assalamualaikum dan salam hangat Ikhwan ucapkan kepada anda semua.. apa aktiviti anda hujung minggu baru2 ni? Diharap ianya di isi dengan aktiviti yang berfaedah lah.. ikhwan pulak hari sabtu lepas Ikhwan sempat untuk menghadiri program tabung untuk gaza anjuran berita harian untuk sama2 mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada gaza… ianya diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya… memang meriah dan sangat menarik.. kat sana ada macam2 artis yang hadir dan sambutan orang ramai pun amat mengalakkan.. sepanjang berlansungnya program itu, kita dapat tengok ramai artis2 yang lelong barang2 peribadi mereka untuk mengumpul wang yang akan disumbangkan kepada gaza..
Jadi, mari kita saksikan apa yang berlaku hari tu..
Ni hasil lelongan barangan dari fafau.. banyaknyer.
Ni pengunjung yang hadir untuk memeriahkan program ini..
Ni sewaktu Ikhwan sedang sibuk lelong baju hotfm..
Haa, cik abang cik akak.. mari beli mari..
Haaa, itu dia kehangatan pengunjung dan selebriti2 yang hadir.. program macam ini memang amat menarik dan bermakna demi untuk membantu gaza yang dilanda bencana…
Assalamualaikum dan salam hangat… baiklah utk blog ni, Ikhwan nak kongsi ngan anda yang baru2 ikhwan bersama jasmine hamid utk sama2 melakonkan sitcom bong.. dah lama tak jumpa kak min ni… last jumpa pun sewaktu tengah shoot bong musim lepas.. selain dari kak jasmin, ikhwan pun berlakon dengan abg Mustapha kamal jugak.. sebenarnya ikhwan gembira dapat berlakon dengan mereka ni… sikit sebanyak dapatlah sket tips2 untuk berlakon dengan lebih baik… oklah, tanak citer panjang… jom kita tengok gambar Ikhwan bersama ngan jasmine hamid sewaktu babak di dalam kereta..
Sekian saja blog kali ni… kita jumpa lagi diblog yang lain..
Assalamualaikum dan salam hangat, untuk blog kali ni Ikhwan nak cerita pasal moto Ikhwan ni… sebenarnya lama dah Ikhwan tak naik moto ni… al maklum la sekarang ni musim hujan.. tapi baru2 ni.. sewaktu pengambaran untuk sitkom BONG, dapat lah Ikhwan merasa naik moto yang dah lama Ikhwan tak bawak sebab ada satu babak yang mengunakan moto… bila dah naik, Ikhwan rasa lain sket sebab dah lama tak bawak moto… ikhwan sebenarnya suka bermotosikal ni.. tapi yelah, masa kadang2 tu tak cukup untuk Ikhwan luangkan masa untuk menunggang moto ni… ok lah, tanak citer banyak.. bawah ni ada gambar Ikhwan sewaktu menunggang moto ni dalam salah satu babak dari citer bong…
Haaa, best naik moto ni.. dan kepada anda yang mungkin ada plan nak ajak Ikhwan berkonvoi bersama… email Ikhwan ok.. sekian saja utk blog kali ni… jumpa diblog seterusnya… Salam hangat, yebah2..