Ini diaaa… cerita siaran luar hotfm jamm kembali lagi… Ini kali bukan di Semenanjung… tapi kami mengadakannya di kepulauan Borneo.. Iaitu di Kuching Sarawak..
Sebab ari Sabtu 3 Julai ari tu ada Mini Jamm kat Kuching kan.. jadi untuk menghangatkan lagi mini jamm tu kami pun buat siaran luar ari Jumaat 2 julai tu kat kawasan yg sama.. Di tempat letak kereta di Stadium Negeri di Kuching Sarawak
Dan seperti biasa di setiap siaran luar Hotfm Jamm pastinya ada aktiviti kan.. Jadinya di Kuching ni kami telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti SUMPIT MENYUMPIT GELEMBUNG ( belon )..
Haaa.. bukan setakan cakap dan suroh pendengar buat tau.. saya pun buat jugak.. rupanya bukan senang nak menyumpit ni kan.. susahhh…
Pertarungan antara Kieranto dan Anne.. sape yg menang?? Emmm..tk payah cerita lah kan.. dah tentu…… DUA DUA HANCUSS.. huhu..
Ini dia aksi seorang wanita di kuching yang akan menyumpit.. kalau lelaki boleh buat.. wanita juga pasti bolehh kan…
Lelaki bolehh… Wanita bolehh… Adik adik kecil juga mampu melakukannya.. dan yg lebih best lagi ..adik adik ni diberikan sedikit kelebihan.. mereka hanya perlu berdiri di depan gelembung tu je .. kasi can la kan.. budak budak kecik..
Yang Berjaya menyumpit 3 gelembung dalam masa 30 saat akan diberikan hadiah tshirt intimewa hotfm versi mini jamm.. haa tak rugi kan.. dapat menyumpit dan dapat hadiah…
Begitulah ceritanya Siaran Luar Hotfm Jamm di Kuching Sarawak.. sangat menarik dan sangat seronok.. Lepas ni kami akan menjelajah ke tempat tempat lain pulak..
Kalau anda ada cadangan bole je bgtau kat kami.. Mungkin ada lokasi yg sesuai yg boleh anda cadangkan.. Sila ke www.hotfm.com.my atau anda boleh email terus kepada saya di Kieran_hot@yahoo.com atau ke Facebook saya Kieranto Marcello ataupun fanpage saya Kieran Hot Fm
tu je lah buat kali ni.. selamat menonton Finale Piale Dunie antara ORANJE vs ESPANA..