Royal Selangor Vintage Car Rally bersama badan warisan
Hello !!! wah banyaknya kereta classic …. Tini punya ke ? hmm I wish…
Hari Ahad yang lepas Tini dan Leya , Amani dan vanida Imran serta Adibah Noor telah turut serta dalam rally kereta lasik anjuran Badan warisan. Sebanyak hampir 30 kereta klasik diperagakan . Perjalanan kami bermula di Setapak , makan tengahari di Kuala Selangor dan berakhir di Istana Klang.
Tini pun bergaya ni depan kereta Chevrol;et Corvette milik Tuan Syed. Warna purple ! Mt Favourite colour !
Ni pun kereta Klasik yang di bikin kembali bagi nampak ala-ala kereta lembu, kreatif kan …
Kami berjalan sekita KL, ramai yang berhenti ambik gambar, ramai yang pandang-pandang, fuyoooooo glamer jap.
Sepanjang perjalanan kami, Tuan Syed bukak atap sampai lah kat Kuala Selangor, terbang-terbang rambut I, nasib baik hari tu mendung…jadi tak lah panas sangat .
Menurut Tuan Syed, kereta ni telah diberi beliau dari seorang lelaki Cina dari Ipoh.
Lelaki tersebut telah berkahwin dengan seorang wanita Amerika pada tahun 1960 an.
Oleh kerena mengikut isterinya pulang ke Amerika Syarikat, kereta tersebut ditinggalkan
Dikediaman beliau.
Tini nak ucapkan terima kasih pada Tuan Syed yang banyak bercerita dan berkongsi ilmu pasal kereta klasik ni.