Mengisahkan empat pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga
telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur dengan
satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan. Sebelum ini mereka banyak
terlepas peluang pekerjaan disebabkan oleh sikap kurang ambil berat dalam segenap
hal oleh adik-adiknya, dan membuatkan FAIRIL (Afdlin Shauki) yang merupakan ketua
dan seorang yang bercita-cita tinggi menggalakkan mereka menyertai sebuah
pertandingan iaitu ‘Window Washing Olympic’.
Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin
bangunan pencakar langit KLCC, dan terceburlah adik beradik ini ke dalam dunia
mencuci bangunan bangunan pencakar langit.
Adakah adik-beradik FAIRIL; C’TAN (Nabil) seorang yang cepat berputus asa dan
yang takut kepada tempat tinggi, JOJO (Awie) yang berbadan besar dan cuba
mengambil alih tempat arwah nenek mereka TOK BI, dan KHAI (Hans Isaac) seorang
yang lurus bendul menjadi penghalang kepada kejayaan FAIRIL kelak?
|