25 NOVEMBER 2009



MEET UNCLE HUSSAIN & BLACK (MENTOR) : DRAMA KING







dengarkan lagu terbaru daripada meet uncle hussain yang turut menampilkan black mentor; yang hangat diperkatakan bakal menjadi pengganti lan yang berundur daripada band indie hangat ini.

kalau suka, anda boleh mengundi untuk lagu ini di carta hot fm 30.
 

23 OKTOBER 2009





DATO SHEILA MAJID / JACLYN VICTOR / KAREN KONG : CINTA ADA









dengarkan lagu baru gandingan mantap baru & lama - cinta ada.

andai aku buta kan mata

dapatkah kau mendengarkan jujurnya

andai engkau tutup telinga

dapatkah kau melihat keikhlasannya

aku cinta bukan dibayang mata

jauh dari bahasa

dekatkan ertinya

aku cinta bukannya disengaja

jauh dari wasangka

dekatkan hatinya

memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta

dapatkah kau mengubah pesonanya

andai mengalir air mata

dapatkah kau membezakan jelingnya

oh mengapa ada saksi yang tak memahami

oh mengapa ada saksi yang disalah erti

oh aku cinta

oh jauh dari bahasa

memang cinta ada dalam jiwa kita
 

30 SEPTEMBER 2009







RAIHAN & HUJAN : SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA

khas untuk anda yang masih demam raya lagi. saksikan klip video hangat menampilkan gandingan unik kumpulan nasyid popular RAIHAN dan kumpulan indie hangat HUJAN. selamat hari raya!
 

21 OGOS 2009





AGNES MONICA








dengarkan lagu terbaru daripada agnes monica - teruskanlah. mampukan lagu baru penyanyi yang sedang hangat digosipkan dengan pelakon sinetron - rezky aditya ini; menandingi kehangatan lagu hit lalunya - matahariku. kalau suka lagu ni jangan lupa undi @ carta hot fm 30 ok.
 

13 JULAI 2009



THE LUCKY LAKI



BERSAMA ANNE & ZURA @ PMI3



LUCKY LAKI - BUKAN SUPERMAN








kecil kecil cili padi - projek terbaru ahmad dhani yang menampilkan anak-anak lelakinya sendiri. lucky laki yang telah membuat persembahan sulung mereka di malaysia ketika pesta malam indonesia bulan lalu kini mempertaruhkan lagu mereka di carta hot fm 30 - bukan superman. kalau suka undi lah ye
 

26 JUN 2009



ESTRANGED : KETIKA INI







dengarkan single terbaru daripada estranged. setelah kejayaan - itu kamu, yang pernah dan aurora, pasti ramai yang menanti-nantikan single terbaru ini. jom dengarkan - ketika ini!
 

17 JUN 2009



DIANA DANIELLE



IMRAN AJMAIN







Dengarkan lagu baru daripada imran ajmain - radio yang turut menampilkan diana danielle dalam percubaan sulungnya menyanyi. Jangan lupa untuk mengundi lagu 'radio' di hot fm 30.
 

05 JUN 2009



HAFIZ : MASIH JELAS















TOMOK : RINDU TERHENTI













jom dengarkan single terbaru daripada dua juara baru ini. lagu baru mereka berjaya memasuki carta hot fm 30 minggu lalu. jangan lupa untuk mengundi untuk mereka untuk memastikan mereka terus kekal dalam carta!
 

21 MEI 2009



HUJAN







jelajah Indonesia pertama kugiran Hujan di bandaraya Jakarta dan Bandung bulan Mac lalu khabarnya begitu meriah dan disambut dengan hangat sekali oleh muda-mudi indie di sana. tahniah buat mereka.

anda penyokong muzik indie tempatan? jangan lupa untuk mengundi single terbaru mereka - kotak hati di hot fm 30.

ps:/ hujan turut akan membuat persembahan di konsert rhythm of unity 23 mei ini di bukit jalil bersama kumpulan slank, letto dan ramai lagi. hot fm selaku radio rasmi.
 

12 MEI 2009



ALEXA








lagu-lagu baru di hot fm yang berpotensi untuk meletup!

alexa : jangan kau lepas

sixth sense : khatimah cinta

shila : kejar

liyana jasmay : aku tak percaya cinta
 

 
 
 
 
 
blog segmen webmenang webmuzik webgaleri webmenarik webinfo